Tuesday, January 15, 2008

Dalam Harian Metro Hari ini - apa komen anda ?

Kurang pengalaman

Oleh Alias Abd Rani

KETIADAAN pengalaman luas mengenai bola sepak di kalangan pengadil tempatan menjadi punca insiden kurang menyenangkan dalam beberapa perlawanan Liga Malaysia.

Sumber terdekat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberitahu, majoriti pengadil yang dilantik, terutamanya mengendalikan perlawanan Liga Super tidak memenuhi spesifikasi sebenar sehingga menimbulkan perkara kurang menyenangkan di kalangan pasukan bertanding.

“Banyak pengadil dilantik tidak cukup berpengalaman mengenai Liga Super. Saya tidak tahu macam mana mereka boleh dilantik mengendalikan perlawanan.

“Kalau kita menyaksikan beberapa perlawanan lalu, ia jelas menimbulkan persoalan sejauh mana kemampuan seseorang pengadil mengenakan hukuman setimpal terhadap pemain.

“Dia (pengadil) hanya tahu menghukum pemain walaupun pada penglihatan umum kesalahan itu tidak serius atau tidak sepatutnya dilayangkan kad,” kata sumber itu.

Tidak sampai seminggu, dua insiden membabitkan ketidakpuasan terhadap mutu pengadilan mengisi ruang saingan Liga Super, baru-baru ini.

Bermula dengan perlawanan Polis menentang Terengganu dan diikuti dengan Selangor bertemu Polis - dua insiden itu sudah cukup membuktikan wujudnya kelemahan dalam mutu pengadilan di negara ini.

Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh (gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, saingan Liga M musim ini sepatutnya menyajikan perlawanan menyeronokkan dan bukannya menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan berkata, FAM mewujudkan perlawanan itu bertujuan menghiburkan semua pasukan bertanding.

“Saya tidak boleh mengatakan pengadil itu bagus atau tidak tapi sebagai pihak bertanggungjawab mengendalikan perlawanan, perlulah menyempurnakan tugas dengan betul.

“Memang saya menerima banyak aduan daripada pihak terbabit mengenai perkara ini dan saya tahu mereka melakukannya bukan kerana kekalahan. Semua pihak ada tujuan baik kerana mereka mahukan keseronokan dalam setiap perlawanan,” katannya

Posted : Harian Metor 15 Jan 2008 muka surat 37

6 comments:

Anonymous said...

kadang-kadang kita ni kena angguk je ape yang orang cakap.. agaknya sebab bolasepak kat malaysia ni pun level-level macam tu je.. sebab tu le referee pun dah tinggal yang gitu-gitu je... ntah le.. saya ni budak baru belajor.. kalau salah tolong le ajor lagi

Anonymous said...

Kurang Panggalaman? Kita boleh kasi kursus.... Mau pinjam wang? 10 ribu? 50 ribu pun kita boleh kasi... kita bukan along... kita nak tolong...

Petikan di atas cuma sedutan iklan tv mengenai usaha kerajaan nak bantu public meniaga...

Bercakap pasal kurang panggalaman ni, memang le betul. Kita belajar dari panggalaman. Kalau tak belajar, yakni tak diberi peluang jadi ref, mcm mana nak dpt panggalaman. Kalau nak lantik ref yang panggalaman je, ape ke hei dengan ref baru... bila nak dpt panggalaman..

Ckp atau komplen memang senang. Panggil reporter 2-3 orang dan belasah je ref... ref makan suap, ref berat sebelah...ref kayu...ref itu.. ref ini...

Tapi cuba perati, ramai yang dok tibai jer... yang bagi cadangan dok nak pebetui ref itu berapa kerat je? Apa sumbangan depa nak tingkatkan prestasi ref?

Kekadang bebuku juga dlm hati bila depa ni asek dok tibai kiri kanan...Tapi dah masuk line ref ni kena la terima teguran tu secara positif. Mungkin ada betui teguran tu (walaupun banyak yang tak betui)

La ni suma orang ckp pasai fair play, tukang tebar roti canai ckp fair play, tukang jual ikan ckp fair play, drebar kontena ckp pasal fair play... Tapi apa itu fair play?

Fair play ni luas skopnya...tak kira la pemain ke.. pegawai ke.. coach ke... kita kena fair pada suma orang. Bukan fair pada lawan je... kena la fair pada penonton, pada kawan sendiri, team sendiri, diri sendiri, pengadil dan pada suma orang lah.

Contohnya pemain... kawan sendiri jatuh tergolek... dia terus bawak bola sebab ada chance nak score. Bila defend dpt rebut bola, dia bising suruh defend buang bola keluar. Apa ke benda fair playnya mcm ni?

Dalam pada tu, tidak dinafikan ada jugak ref yang kelabu asap... samdol... saja nak carik nahas.

Ada defender injured dalam kawasan penalti... dia tak stop game sebab dia kata tak cedera parah. Betul... dlm law dia memang betul. Tapi cuba bayangkan tup-tup striker dpt bola dan time tu tinggal keeper sengsorang....defender masih tergolek.. kacang la striker tu score... Lepas tu bergegar la bench... track pun penuh la botol mineral...

Buat apa carik pasai... ada chance nak stop game, stop la. Jgn susahkan diri sendiri

Pritttttt

Anonymous said...

Wah, Ref Hensem aku ingat kau boleh ambil atau jadi assistant romeo la kalau macam ni. Gaya penulisan kau juga boleh tahan. Macam kopi. Pekat dan likat.

Betul apa yang kau kata tu. aku setuju.

Tapi aku pelik, kenapa wartawan tak pernah interview pengadil? ada dalam etika pengadil ke yang kata tak boleh di interview?

Mungkin abang pengadil senior boleh jawab.

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my site, it is about the CresceNet, I hope you enjoy. The address is http://www.provedorcrescenet.com . A hug.

Anonymous said...

Elo ref hero...

mana boleh ref bagi press statement... kalau nak masuk peti ais try la..

Anonymous said...

Egli ha certamente diritti [url=http://lacasadicavour.com/ ]cialis generico acquisto [/url]Г€ interessante, mentre vi ГЁ un analogo? http://lacasadicavour.com/cialis-generico/ cialis 5 mg online Magnifico messaggio, mi piace:)