Tuesday, January 15, 2008

Dalam Harian Metro Hari ini - apa komen anda ?

Kurang pengalaman

Oleh Alias Abd Rani

KETIADAAN pengalaman luas mengenai bola sepak di kalangan pengadil tempatan menjadi punca insiden kurang menyenangkan dalam beberapa perlawanan Liga Malaysia.

Sumber terdekat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberitahu, majoriti pengadil yang dilantik, terutamanya mengendalikan perlawanan Liga Super tidak memenuhi spesifikasi sebenar sehingga menimbulkan perkara kurang menyenangkan di kalangan pasukan bertanding.

“Banyak pengadil dilantik tidak cukup berpengalaman mengenai Liga Super. Saya tidak tahu macam mana mereka boleh dilantik mengendalikan perlawanan.

“Kalau kita menyaksikan beberapa perlawanan lalu, ia jelas menimbulkan persoalan sejauh mana kemampuan seseorang pengadil mengenakan hukuman setimpal terhadap pemain.

“Dia (pengadil) hanya tahu menghukum pemain walaupun pada penglihatan umum kesalahan itu tidak serius atau tidak sepatutnya dilayangkan kad,” kata sumber itu.

Tidak sampai seminggu, dua insiden membabitkan ketidakpuasan terhadap mutu pengadilan mengisi ruang saingan Liga Super, baru-baru ini.

Bermula dengan perlawanan Polis menentang Terengganu dan diikuti dengan Selangor bertemu Polis - dua insiden itu sudah cukup membuktikan wujudnya kelemahan dalam mutu pengadilan di negara ini.

Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh (gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, saingan Liga M musim ini sepatutnya menyajikan perlawanan menyeronokkan dan bukannya menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan berkata, FAM mewujudkan perlawanan itu bertujuan menghiburkan semua pasukan bertanding.

“Saya tidak boleh mengatakan pengadil itu bagus atau tidak tapi sebagai pihak bertanggungjawab mengendalikan perlawanan, perlulah menyempurnakan tugas dengan betul.

“Memang saya menerima banyak aduan daripada pihak terbabit mengenai perkara ini dan saya tahu mereka melakukannya bukan kerana kekalahan. Semua pihak ada tujuan baik kerana mereka mahukan keseronokan dalam setiap perlawanan,” katannya

Posted : Harian Metor 15 Jan 2008 muka surat 37

Saturday, January 12, 2008

Adidas Referee's Shirt EURO 2008



Arghhhhh.... imagine if FAS Referee wear this jersey this year...

Absolutely fantastic guys...

Can someone please suggest to referee board..

Or you should wait for your turn to appear in EURO then only you can wear this kind of jersey....

Anyone know where can we get it????
- guess that my friend from Bersilam Enterprise (a former anak emas) know it.......



Prrrrrrrrrrrrrrrriiiiiiiiiiiiiiitttttttttt lets do it......

(picture courtesy of www.refereeworld.com)

Thursday, January 10, 2008

Salam 1429Hijrah



Salam Tahun Baru Hijrah 1429, buat semua rakan-rakan,
Semoga Tahun Baru ini, membawa azam yang lebih bermakna buat diri kita, dan merubah diri kita dari prespektif biasa...

- dari Pengadil kelas 3, kepada Pengadil Kebangsaan

- dari Pengadil kebangsaan, kepada Pengadil FIFA


- dari Pegawai Perlawanan, kepada Tuan Pegawai Perlawanan


- dari menjadi Pengadil biasa kepada Pengadil Luar Biasa,


ayuh, sama-sama kita jadikan................ priiiiiiiiiiiiiiiitttttttttt...

Wednesday, January 9, 2008

Istimewanya Pengadil....


Sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar harian KOSMO...

Untuk dijadikan renungan dan kenangan........

Priiiiiiiiiiitttttttttttttt.............. kad merah buat anda...

Monday, January 7, 2008

Perlu komen anda - posted by Ref Hensem

Seorang pengadil baru mengajukan persoalan sama ada, seseorang pemain itu boleh dibenarkan untuk sengaja memakai 'tape' di lengan (hanya untuk style - bukan untuk menutup barang kemas).

Berdasarkan kepada undang-undang empat, 'tape' tidak boleh dipakai jika ianya bertujuan untuk menutup barang kemas.

Berdasarkan kepada persoalan di atas, wujud beberapa interpretasi yang berbeza yang menuntut supaya penggunaannya diseragamkan.

Seorang Ketua Jurulatih pernah mempersoalkan betapa isu ini telah ditangani secara tidak konsisten; ada pengadil membenarkan pemakaiannya dan ada juga yang melarang.

Bagi yang membenarkan penggunaannya, di antara alasan yang diberikan ialah:
- Undang-Undang hanya melarang jika tape berkenaan digunakan untuk menutup barang kemas
- Tidak bahaya kepada si pemakai dan juga pemain lain
- Sebagai perbandingan, cermin mata yang telah dicipta khas untuk ahli sukan turut dibenarkan, inikan pula 'tape' nipis berkenaan;

Manakala versi yang melarang penggunaannya berpendapat, bahawa:
- Tape berkenaan tetap bahaya (contoh, jika ianya terbuka dan boleh ditarik oleh pihak lawan)
- Tape hanya boleh dibenarkan jika mengalami kecederaan dan perlu dibaluti dengan tape berkenaan(jika suka-suka pakai, tidak boleh)
- Semua alat yang tiada mengena dengan perkembangan atau faedah kepada seseorang pemain, tidak dibenarkan sama sekali

MEMANDANGKAN ADANYA PENGADIL YANG AGAK KELIRU DENGAN ISU INI DAN SUPAYA KEPUTUSAN YANG AKAN DIBUAT ITU KONSISTEN, MAKA ADALAH DIRASAKAN BAHAWA, SUATU KETETAPAN PERLULAH DIBUAT SAMA ADA PENGGUNAAN 'TAPE' SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN ITU DIBENARKAN ATAU PUN SEBALIKNYA.


Posted by Ref. Hensem - January 7, 2008 4:20 PM

Seminar dan Ujian Kecergasan Pengadil Selangor 2008

Seminar dan Ujian Kecergasan Pengadil Selangor 2008 pada Ahad 20 Jan 2008 bertempat di Stadium Shah Alam jam 7.00 pagi dan seminar di jangka di adakan di Hotel Charlton Shah Alam Bermula jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 ptg.

Semua pengadil yang telah berdaftar dan Pengadil yang ingin berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Selangor diminta memberi pengesahan kehadiran untuk tempahan tempat seminar sebelum Jumaat 11 Jan 2007 ke FAS. Pengesahan boleh dibuat dengan menghubungi FAS ditalian 03-7803 7054 atau email ke ligafas@com atau azimiref@yahoo.com.

Sunday, January 6, 2008

You are a ROLE MODEL....


You are A role Model.... itu kata Setiausaha Unit Pengadil FAS kepada semua Pengadil Kelas Kebangsaan Persatuan Bolasepak Selangor pada seisi Perjumpaan Pengadil-pengadil Kelas Kebangsaan Persatuan Bolasepak Selangor di Yayasan FAS pagi tadi ...

Anda adalah contoh terbaik kepada Pengadil-pengadil baru dan bakal bakal Pengadil di Negeri Selangor..

Perjumpaan kali ini merupakan platform terbaik untuk Pengadil-pengadil Kelas Kebangsaan menyuarakan masalah dan berkongsi pendapat dengan rakan-rakan yang lain.

Ternyata jawatankuasa Unit Pengadil Selangor berusaha keras untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan Pengadil Selangor.. dan saya yakin dengan usaha yang berterusan, perkara ini pasti menjadi kenyataan...

Syabas buat Ahli Jawatankuasa Unit Pengadil Selangor. Perjumpaan hari ini ternyata menunjukkan satu sinar pengharapan.... Usaha dan Jasa anda tetap akan dikenang...........Priiiiiiiiiittttttttttttt

Perjumpaan Pengadil Kebangsaan Selangor 2008

Satu seisi perjumpaan Pengadil-pengadil Kelas Kebangsaan Persatuan Bolasepak Selangor akan di adakan pada Hari Ahad 6hb Jan 2008 jam 8.00pagi di Padang Yayasan FAS Kelana Jaya Selangor. Para Pengadil diingatkan untuk membawa pakaian sukan dan kehadiran adalah diwajibkan.

Semoga perjumpaan kali ini, membawa kembali seribu pengharapan...

Note: kenapa Yayasan?, kenapa tak Stadium MPPJ @ Padang PKNS yang jauh lebih baik untuk seisi latihan pengadil. Apakah Unit pengadil sukar atau tidak dibenarkan mengadakan latihan di 2 tempat ini yang bernaung dibawah bumbung FAS? Atau adakah benar seperti yang dikatakan, Unit Pengadil ini sering di 'anaktirikan' ???....- hanya jauhari yang mengenal manickam