Monday, January 7, 2008

Perlu komen anda - posted by Ref Hensem

Seorang pengadil baru mengajukan persoalan sama ada, seseorang pemain itu boleh dibenarkan untuk sengaja memakai 'tape' di lengan (hanya untuk style - bukan untuk menutup barang kemas).

Berdasarkan kepada undang-undang empat, 'tape' tidak boleh dipakai jika ianya bertujuan untuk menutup barang kemas.

Berdasarkan kepada persoalan di atas, wujud beberapa interpretasi yang berbeza yang menuntut supaya penggunaannya diseragamkan.

Seorang Ketua Jurulatih pernah mempersoalkan betapa isu ini telah ditangani secara tidak konsisten; ada pengadil membenarkan pemakaiannya dan ada juga yang melarang.

Bagi yang membenarkan penggunaannya, di antara alasan yang diberikan ialah:
- Undang-Undang hanya melarang jika tape berkenaan digunakan untuk menutup barang kemas
- Tidak bahaya kepada si pemakai dan juga pemain lain
- Sebagai perbandingan, cermin mata yang telah dicipta khas untuk ahli sukan turut dibenarkan, inikan pula 'tape' nipis berkenaan;

Manakala versi yang melarang penggunaannya berpendapat, bahawa:
- Tape berkenaan tetap bahaya (contoh, jika ianya terbuka dan boleh ditarik oleh pihak lawan)
- Tape hanya boleh dibenarkan jika mengalami kecederaan dan perlu dibaluti dengan tape berkenaan(jika suka-suka pakai, tidak boleh)
- Semua alat yang tiada mengena dengan perkembangan atau faedah kepada seseorang pemain, tidak dibenarkan sama sekali

MEMANDANGKAN ADANYA PENGADIL YANG AGAK KELIRU DENGAN ISU INI DAN SUPAYA KEPUTUSAN YANG AKAN DIBUAT ITU KONSISTEN, MAKA ADALAH DIRASAKAN BAHAWA, SUATU KETETAPAN PERLULAH DIBUAT SAMA ADA PENGGUNAAN 'TAPE' SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN ITU DIBENARKAN ATAU PUN SEBALIKNYA.


Posted by Ref. Hensem - January 7, 2008 4:20 PM

7 comments:

Batu Arang said...

Tape tidak di benarkan adalah kerana jika di jadikan sebagai barang perhiasan seperti mana yang termaktub dalam undang undang permainan. Jika tape itu digunakan untuk tujuan menutup kecederaan atau lain lain sebagai perlindungan daripada cedera di bolehkan.

selangor referee

Anonymous said...

1. Jika tidak dibenarkan, mengapa wrist band yang dipakai di lengan dibenarkan pula... cermin mata yang tidak bahaya juga dibenarkan... alat-alat tersebut juha merupakan hiasan yang tiada kena mengena dengan perkembangan bolasepak...

2. Boleh sdr ref selangor nyatakan bahagian mana buku undang-undang yang menyatakan tape tidak boleh dipakai kecuali untuk menutup kecederaan?
TQ

Anonymous said...

Mengikut Undang-undang 4, seorang pemain tidak boleh memakai apa juga barang kemas (gelang getah juga terpakai dalam pernyataan ini).
Pada pendapat saya pernyataan ini cukup jelas jika berkaitan dengan isu pemakaian tape di kalangan pemain. Bukan isu kecederaan yang disebutkan di sini. Tetapi isu sama ada tape itu melindungi barang kemas atau tidak. Tugas kita sebagai pegawai perlawanan adalah menguatkuasakan undang-undang permainan, jadi kita perlu memeriksa peralatan pemain (termasuk juga hal tape yang digunakan untuk menutup barang kemas). Sekiranya penggunaan tape tersebut tidak digunakan untuk menutup barang kemas, bagi saya dia nak bungkus satu badan dia pun kita tak boleh larang sebab tiada peruntukan dalam undang-undang.

TQ
Ref Baru Belajar

Anonymous said...

Nampaknya isu ini semakin hangat dibincangkan. Jika kita ingin berjaya dalam lapangan kepengadilan ini, eloklah apa jua pendapat yang diperkatakan kita pandang dari sudut positif. Mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa berkata demikian, cuma mungkin interpretasinya mungkin kurang tepat.
Kepada rakan-rakan yang mempunyai pendapat lain, ayuh kita bincangkan isu ini!

Anonymous said...

Kepada Romeo, untuk melihat sejauh mana peratus pemahaman rakan-rakan kita berhubung dengan isu ini, saya mencadangkan supaya sdr dapat mengadakan 'undian' sama ada penggunaan tape yang hanya semata-mata untuk hiasan ini (bukan untuk membalut kecederaan) dibenarkan atau tidak.

3 pilihan diberikan:
1. dibenarkan
2. tidak dibenarkan
3. tidak pasti

TQ Ref Hensem

Anonymous said...

Dear Friends

I just nak share my views. As a new learning referee, kalau view I salah, mintak tolong betulkan.

Di undang2 4 (peralatan pemain) tak da pun sebut pasal TAPE. Ianya hanya disebut di bahagian International Board Decission - Additional Instruction and Guidelines for Referees "membalut barang kemas dgn TAPE tidak dibenarkan". So if kita follow strictly to this requirement, players memang boleh pakai.

Tetapi (ada lagi)

Ada satu lagi clause FIFA yg mengatakan "Sebarang alat selain dr alat2 asas (seperti dalam ung2 4) boleh di pakai jika ianya protect the player dan tidak membahayakan dirisendiri dan org lain. Kalau ikut clause ini, tak leh lah pulak as taping tidak protect apa2 dan kdg2 blh membahayakan diri sendiri.

Di peringkat FAM pulak, semasa kursus, semua pengadil telah diberitahu bahawa pemain tidak dibenarkan lansung utk memakai tape dan juga wrist band. Dan ditambah lagi supaya pengadil juga kalau boleh jgn pakai wrist band supaya menjadi contoh kpd pemain. So kita sebagai pengadil yang tertakluk dibawah FAM kena followlah tanpa soal.

Logiknya pulak pasal taping ni, saya amat setuju dgn pendapat yang mengatakan jika ianya terbuka sedikit, pemain lain boleh menarik dan ia blh mencederakan pemain tersebut.

Selain tu, referee hanya akan memeriksa taping pada permulaan game. So kalau pemain memakai sesuatu pada 2nd half dan balut dgn tujuan nak mencederakan pemain lawan, referee tak mungkin dapat detect sebab bila permulaan 2nd half kita tak kan check taping pun. Ref hanya boleh detect selepas berlaku incedent dan slps tu pandai2 lah jawap dgn MI. Seperti yang selalu disebut oleh Senior Referees, Ordinary ref bertindak tepat kepada sesuatu incedent tetapi Extra Ordinary Ref selalu bertindak awal utk mencegah / prevent sesuatu incedent drp berlaku.

So as a conclusion, I amat lah setuju dgn sahabat2 ref yang menyokong / menyaran supaya taping tidak dibenarkan as it also a requirement of FAM.

Selamat Awal Muharam

Basith

Anonymous said...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your apakataaref.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com