Friday, December 28, 2007

Istimewa Buat Insan Teristimewa.......

Dalam dinihari untuk menyiap kan diri untuk perlawanan hari esok yang menanti, terjumpa Fail ini yang menjadi sumber inspirasi mengapa insan istimewa ini patut dihargai.....



Salam buat semua, semoga paparan video ini menjadi inspirasi buat kita...

Prrrrrriiiiiiiiiiiiiitttttttttttt.... tiupan wisel kembali bergema....

Wednesday, December 26, 2007

Renggit Menarik Perhatian Umum.....


Argghh... sambil menghirup nescafe o suam, terkejut melihat paparan 'satu tujuan, satu matlamat' dalam ruangan sukan Buletin TV3 malam ini..

Kejadian Pengadil melepaskan 2 das tembakan, mengejutkan semua mata individu yang terlibat dengan bolasepak yang sering tertidur. Jika tidak masakan TV3 memaparkannya dalam segmen 'satu tujuan, satu matlamat'....

Persoalannya, kenapa baru sekarang?... Kenapa setelah 2 das tembakan dilepaskan, baru semua orang mahu memukul canang.... Kenapa tampil individu-individu yang selama ini memandang sinis soal keselamatan Pengadil, sebaliknya apabila ditemuramah ibarat kita menyaksikan slot Samarinda....

Apakah 2 das tembakan itu tanda amaran... atau 2 das tembakan itu tanda, hati didalam yang sudah tidak boleh lagi dikawal...

Isu keselamatan Pengadil, bukan isu baru... Sekiranya isu keselamatan pengadil ini diibaratkan sebagai anak gadis, maka sudah pasti anak gadis ini sudah beranak pinak atau mungkin sudah bercucu...

Lantas 2 das tembakan, bukan ibarat tembakan amaran, tetapi ianya boleh disifatkan sebagai tembakan jeritan naluri dalaman seorang insan bergelar Pengadil.

Bukan menyokong, namun saya beranggapan, mujur individu itu seorang anggota Polis, dan mempunyai senjata yang mampu digunakan untuk mempertahankan diri atau sekurang-kurangnya membuatkan orang gerun kepada kita.... Bayangkan kiranya, beliau hanya insan biasa, yang tak punya 'black belt' atau apa saja... sudah pasti, akan ada insan yang menangisi permergian beliau menemui illahi...

Memang, sebagai penjawat Awam dan anggota keselamatan, beliau bersalah kerana melepaskan tembakan... tetapi bersalah kah beliau kiranya tembakan itu dilepaskan untuk mempertahankan diri beliau dari di kerja, di herdik, di caci, di tolak, di pukul oleh sekumpulan manusia yang 'dangkal dan bongak' tentang bolasepak? Jika beliau bersalah, bagaimana pula dengan mereka yang mengejar beliau, yang menolak beliau, yang menendang beliau, yang memukul beliau, dan yang..... yang ....... yang..........

Isu keselamatan Pengadil bukanlah isu yang boleh diperlekehkan... tetapi ini lah isu yang sering di ketepikan... Isu keselamatan Pengadil tidak penting... Kita bayar dia... jadi pandai pandai lah dia jaga diri... "antara kata kata yang sering diucapkan penganjur.... tapi bila berlaku kejadian seperti di Renggit, pandai pula tampil mempertahankan diri...

Tanyalah mana mana persatuan bolasepak dalam Malaysia..... apa yang mereka lakukan untuk soal keselamatan Pengadil Perlawanan dalam Liga tempatan mereka.... Jawapannya.... kita akan usulkan kepada Jawatankuasa Pertandingan... jawapan yang sama sejak 1974....

Itu baru isu keselamatan, belum lagi kita bangkitkan isu bilik persalinan, bayaran dan lain lain...

Prrrrriiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttttttt.... ayuh.... bangkitkan hak kita sebagai PEGAWAI PERLAWANAN... atau kita tidak layak digelar PEGAWAI.......

Wednesday, December 19, 2007

Antara Wang dan Harga diri.....

Oiiii Ref, buta ke?

Oiii Ref Bodoh ke?

Oiii Ref Kayu ke?

Oiii Ref makan rasuah ke?

Oiii Ref kena bayar ke kau ni?

Oiii Ref berapa banyak dia orang bayar kau?

Oiii Ref Mak kau tak ajar kau ke?...

Oiii Ref kau giler ke?

Oiii Ref, Oiii Ref, Oii Ref, Oii Ref, Oiii Ref

Apakah kita dibayar untuk semua yang di atas...... Kenapa setelah bersusah payah melalui getir dan pahit, menjalani latihan secara bersendirian, mengikuti segala kursus undang-undang yang disediakan, menjalani peperiksaan yang ditentukan, ini pengiktirafan yang kita terima.

Apakah profession ini tidak mulia, Apakah dengan berlari selama 90minit itu, kita di ibaratkan sebagai bin*&^%g yang boleh dihina dan dimaki sedemikian rupa...

Apakah kita wajar menerima semua itu........ Apakah kita harus menjadi lilin dengan membakar diri untuk memuaskan hati pihak lain...

Hinaan dan cacian kita terima, tapi tugasan kita teruskan, dengan alasan, ini amanah yang perlu diselesaikan...

Adakah ada insan yang dapat mengerti hati dan perasaan kita...........

Adakah kita mengejar wang ringgit seperti yang dikata?

Jawapan nya TIDAK.... kerana kita adalah BUKTI bahawa profession ini adalah mulia dari mereka yang berlari lari dan menyepak bola yang satu itu.......

Teruskan perjuangan rakan-rakan ku... Tingkat kan profession ini.........

Tuesday, December 18, 2007

Masanya telah tiba.....


Malam ini tirai Liga Super kembali semula..

Maka sudah pasti segala latihan dan persediaan sebelum ini akan digunakan sebaik mungkin.

Apabila menerima perlantikan, tugasan yang bakal dilakukan, hati di dalam telah mula berdegup kencang..

Bagaimana kah persaingan pada malam ini. Apakah ada kejutan yang menanti?

Setapak kaki melangkah meninggalkan kan kediaman menuju ke negeri yang telah di tentukan. Iringan doa, mengiringi agar tugas yang di amanahkan berjaya dilaksanakan. Ibarat tentera mengangkat senapang, golongan kami juga berjuang menegakkan keadillan di lapangan lapang penentu kejayaan.

Tak kira, siapa yang menang, siapa yang kalah.... Menegakkan undang undang permainan, itulah tujuan........

Perjuangan bermula................ prriiiiiiiiiittttttttttttt yellow card buat semua...

Monday, December 17, 2007

Training, Raya, Training

Alamak, macam mana ni...

Training kena training, makanan kena dijaga. Tapi Raya datang lagi...

Ketupat, rendang ayam, Lontong, Masak Lodeh........ aduhhhhh...

Raya tetap Raya... training tetap training. Bagi yang dah lulus ujian kecergasan, boleh la Raya Sakan.

Bagi yang belum lulus, atau menunggu detik Ujian Kecergasan, Raya AidilAdha kali ini, penuh dengan cabaran dan dugaan.....

Friday, December 14, 2007

Friendly game - Warm Up game

Dalam masa Liga Malaysia berehat sementara, inilah peluang pengadil mengasah bakat mereka.

Pasukan negeri sibuk melakukan perlawanan ujian, Pengadil pula tampil untuk ujian pemanas badan.

Pengadil baru, peluang ini tak boleh dilepas kan. Menjadi Pegawai Keempat juga ibarat satu imbuhan. Kekadang habis satu kampung di'gebang'...

Do it, otherwise you wont feel it.. Grab it, as long you happy with it....

Semusim ku akan berlari

Salam buat semua,

Dah lama rasanya blog ini tergendala, semuanya gara-gara kesibukan yang memaksa hasrat untuk menyumbang di blog ini berlalu begitu saja.

Terlalu cepat masa berlalu, kini musim baru akan bermula. Di Panasonic Sport Centre, kelihatan sekumpulan individu berlari-lari melakukan latihan tanpa mengenal keringat yang mencurah badan. Nak katakan nak jadi pemain bola, lihat airmuka sudah mula di mamah usia..

Akhirnya mengerti musim baru telah tiba. Tetapi mereka lebih awal untuk bersedia, menghadapi musim baru yang lebih mencabar. Ujian Kecergasan tiket Utama.. Lulus bererti adalah rezeki untuk tahun ini. Gagal, ujian kedua akan menanti. Gagal lagi, alamak setahun di gantung tak bertali...

Ini lah rutin individu ini, speed training, endurance training menjadi rutin di petang hari...

Itu tak termasuk lagi kesibukan tugas dari pagi.. Namun latihan mesti! tak berlari ibarat tak minum secawan KOPI...

Musim baru datang lagi... lambang harimau harus digegami... priiiiiiiiiitttttttt

Thursday, July 12, 2007

Special Blog for special person



Blog ini direka khas buat insan istimewa dalam sukan Bolasepak..
Apa kata A Ref, mengungkap rahsia disebalik kerjaya seorang Referee atau Pengadil dalam sukan bolasepak. Insan istimewa ditengah padang yang telus dan tegas dalam membuat keputusan...

Berkongsi pengalaman, pahit mahupun manis sudah pasti dapat menujah berapa murninya kerjaya ini. Walaupun sering dimaki dan dicaci, insan ini terus berlari.. sehingga minit yang terakhir.. Kalah dan menang bukan ajenda dalam diari mereka. Yang pasti tugas dilaksana, Imej terpelihara dan Maruah terjaga......