Friday, April 4, 2008

Relevan ke UniLeague ? - dari kacamata Pengadil

arghhhhh... lama sungguh tak menulis dalam blog ini, rakan rakan mula tertanya, kemana hilangnya romeo...

Ternyata dugaan dan jalan yang ditempuhi terlalu berliku... kesibukkan tugas dan persiapan menghadapi ujian kecergasan tempoh hari meminta pengorbanan agar beberapa aktiviti lain dikorbankan. Dalam masa yang sama, komputer peribadi menghadapi masalah, dan perlu dibaiki.. Mujurlah segalanya dapat diatasi walaupun dalam jalan yang berliku...

Bila nak mula menulis, terfikir, apakah tajuk yang sesuai untuk membuat "the comeback"... lantas tajuk Relevan ke Unileague ? dari kacamata pengadil ini dipilih untuk dikongsi bersama dan membuka minda kita dalam arus pembangunan moden.

Peluang untuk menjadi Pegawai Perlawanan pada hujung minggu yang lalu bukanlah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Namun orang selalu berkata, ada kebaikkan disebalik keburukkan... lantas langkah diteruskan untuk memikul tanggungjawab yang diberi.. UPSI vs UM... bagi saya satu dari perlawanan biasa yang pernah dikendalikan... Namun sebenarnya ALLAH SWT maha berkuasa... Perlawanan ini menuntut kesabaran jiwa dan persiapan mental yang cukup tinggi dalam mengendali mereka yang dilabelkan sebagai individu bijak pandai tapi rupanya tahap kebodohan mereka berada diperingkat 'kebodohan terlampau'... Perlawanan ini sebenarnya membuka minda saya, seterusnya merenung kembali akan nasib agama, bangsa dan negara saya jika 22 pemain di atas padang, 10 pengganti dan puluhan penyokong kedua-dua pasukan di pilih untuk menjadi pewaris bangsa satu hari nanti..

Pada dasarnya, tiada apa yang istimewanya tentang perlawanan ini.. seperti biasa, di ibukota, hujan rahmat mula membasahi bumi apabila matahari mula condong ke barat... tanpa diduga, keadaan padang yang licin, membuka ruang untuk saya menonton aksi-aksi biadap dari 'jaguh-jaguh kampung ini mempamerkan aksi luar biasa mereka... tidak cukup dengan itu, percakapan dan jeritan yang keluar dari mulut mereka cukup memanaskan telinga dan hampir-hampir sahaja tangan digengam dan dihayun kemuka.. Tapi inilah kelebihan kita, biar bagaimana pun dicerca, dihina, dikeji, dimaki dan apa sahaja, kita tetap dengan tugasan kita. Sukatan pelajaran ini lah yang tidak di ajar kepada mereka dan yang meletakkan taraf kita jauh lebih tinggi dari mereka.....

Perlawanan berterusan, aksi ganas terus dipamerkan, tiupan wisel penamat dibunyikan, 2 kad merah dilayangkan, 4 kad kuning ditunjukkan, tuan rumah tewas didalam gelanggang, penonton fanatik berlari meluru masuk ke padang, pertempuran berlaku tanpa dapat dikawal, baru lah pengawal keselamatan yang jaga pondok keselamatan buka jaket buka langkah silat sumbang, akhirnya semua terkawal, tapi penonton tetap tak mahu pulang, selagi pasukan pelawat tak berambus dari padang.......

Seorang pemain lalu disisi saya lalu berkata, 'biasa lah ref, bolasepak'................

aduhhhhhhhhhh.... rasa pedih dihati saya mendengar kata begitu dari seorang graduan... Sama ada sedar atau tidak, ini lah dipertontonkan kepada saya, puluhan graduan menghina gelaran sendiri kerana tidak mampu mengawal diri... Mereka lupa, mereka bakal pemimpin negara, dan lebih penting mungkin pihak UPSI lupa, merekalah yang akan mendidik anak-anak saya apabila mereka tamat pengajian nanti...

Persoalannya, kalau beginilah sikap mereka... apakah mereka mampu menjadi pendidik untuk anak-anak bangsa? Apakah terjamin masa depan anak saya kiranya individu inilah yang diberi kepercayaan untuk mendidik anak saya....

Inikah tahap pendidik kita... Inikah tahap kewarasan pendidik kita.... Mungkin komen saya agar berat kepada UPSI... tapi harus diingat, rakan-rakan saya dikalangan pengadil ramai juga yang bergelar pendidik.... tapi mereka memilih preofession sebagai pengadil, satu profession yang menjatikan diri... tapi bagaimana dengan pemain-pemain ini.........

Tidakkah pemain UM terlupa.... mereka memakai jersey keramat UM antara universiti terbaik di Malaysia dan pernah dilabel antara 50 yang terbaik di dunia...... Apakah ini rupa graduan Universiti MALAYA, satu nama yang masih kekal pada hari ini selepas 50tahun kemerdekaan.....

Sedarlah wahai adik-adik ku... perjalanan mu makin jauh.... dunia global terlalu luas untuk diterokai.... segulung ijazah tidak menjanjikan apa-apa, tetapi jati diri dalam hidup adalah rahsia segala-galanya...

Relevan kah Uni-league? satu impian yang baik untuk mengeratkan silaraturahim sesama pelajar, tetapi dijadikan medan untuk menunjukkan kejaguhan pencak silat yang terlalu sumbang?...

Relevan kah Uni-league? kalau inilah platform untuk menunjukkan graduan lupa rukun negara yang Ke5 Kesopanan & Kesusilaan............. Jika graduan yang merupakan individu bijak yang terpilih lupa.............. apa akan jadi pada agama, bangsa dan negara kita...

Kalau begini lah caranya... Jawapan saya...

Uni-league tidak relevan dan memalukan........

Bukan untuk berbangga tetapi sebagai seorang bekas pelajar Warwick University, United Kingdom, bekas pelajar Institut Teknologi Mara (ITM) dan pemegang 1 master, 1 degree dan 3 diploma di dalam genggaman, saya berasa adil untuk membuat komen ini......

Saya tahu rakan dari MMU atau UNITAR akan menganggap saya terlalu beremosi...

tapi ingat....

Jika anda lihat ada kerosakan...
ubahlah dengan percakapan........
jika tidak mampu.....
ubahlah dengan fikiran.....
jika tidak mampu.......
ubahlah dengan perbuatan.........
jika tidak mampu
ubahlah dengan penulisan.....(alhadi alkasah)

maka saya mengambil pilihan untuk mengubah kerosakan ini dengan penulisan.............

Salam buat semua.........

Pritttttttttttttttt..................

4 comments:

Anonymous said...

The blame shouldnt be on the sports, more like the maturity, ie lack of, of the players.

Sadly, there is some truth is the saying "Football is a gentlemen game played by hooligans" in this case.

These players have forgotten the objective of the game, which is to inculcate good sportsmanship, team spirit and discipline, among other values.

Look beyond 22 men running after a ball and you will se a fantastic

Anonymous said...

pendapat saya, badan pengadil perlu buat penerangan berkenaan

-undang2 bola sepak yang terbaru,
-peranan dan kuasa pengadil dan pembantu pengadil....

secara terbuka dan menyeluruh....
ramai penyokong dan para pemain bola sepak yang tak tahu n tak faham tentang ini.... sy rasa, pengurusan pasukan termasuk pengurus dan jurulatih pun tak tahu....

raziaf said...

pendapat saya, badan pengadil perlu buat penerangan berkenaan

-undang2 bola sepak yang terbaru,
-peranan dan kuasa pengadil dan pembantu pengadil....

secara terbuka dan menyeluruh....
ramai penyokong dan para pemain bola sepak yang tak tahu n tak faham tentang ini.... sy rasa, pengurusan pasukan termasuk pengurus dan jurulatih pun tak tahu....

Anonymous said...

Inilah yang dinamakan bolasepak... Bukan je di Mesia menda ni jadik tapi di seluruh dunia. Cuma yang mungkin ada bezanya, mat romeo ni agak terkilan kerana pemain dan penyokong kedua-dua buah pasukan itu terdiri drp anak-anak muda yang suatu masa nanti akan memimpin negara dan mendidik anak-anak cucu kita (tu pun kalau sempat bercucu la..)
Tapi jgn lupa, walau secerdik manapun seseorang manusia itu, tetap ada kekurangannya. Hanya DIA yang sempurna.

Cakap pasai nak bagi penerangan ni, sekali pikir buat ngabih bogheh je. Buat la penerangan apa pun, last-last ref juga yang akan dipersalahkan. Contoh paling baik, sebelum Liga Malaysia start, suma pegawai pasukan termasuk meneger, coach DLL dipanggil untuk satu majlis taklimat mengenai undang-undang dan arahan terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA. Malah sebelum sesuatau perlawanan juga, diadakan mesyuarat pengurus-pengurus pasukan... tapi hasilnya apa? Blah la!
Dalam konteks unileque ni, kalau nak buat juga, ref hensem rasa boleh juga. Tapi sebelum start kejohanan la. Panggil suma team mai..kalaupun dia tak ikut 100% apa yang kita ckp, at least 1-2 perkara masuk jugak kat kepala dia orang.
Buat mat romeo.... selagi anda bernama pengadil, anda akan menempuhi halangan-halangan seumpama ini dan mungkin akan lebih giler lagi selepas ini.