Monday, January 7, 2008

Seminar dan Ujian Kecergasan Pengadil Selangor 2008

Seminar dan Ujian Kecergasan Pengadil Selangor 2008 pada Ahad 20 Jan 2008 bertempat di Stadium Shah Alam jam 7.00 pagi dan seminar di jangka di adakan di Hotel Charlton Shah Alam Bermula jam 11.00 pagi hingga jam 5.00 ptg.

Semua pengadil yang telah berdaftar dan Pengadil yang ingin berdaftar dengan Persatuan Bolasepak Selangor diminta memberi pengesahan kehadiran untuk tempahan tempat seminar sebelum Jumaat 11 Jan 2007 ke FAS. Pengesahan boleh dibuat dengan menghubungi FAS ditalian 03-7803 7054 atau email ke ligafas@com atau azimiref@yahoo.com.

5 comments:

Idan said...

Jum ramai-ramai kita meriahkan majlis..

Anonymous said...

Kalau setakat jadi Pengadil, tapi Ujian Kecergasan FAS tak lepas, tak yah la jadi pengadil. buat malu je. Ada berani jom buktikan

Anonymous said...

Seorang pengadil baru mengajukan persoalan sama ada, seseorang pemain itu boleh dibenarkan untuk sengaja memakai 'tape' di lengan (hanya untuk style - bukan untuk menutup barang kemas).

Berdasarkan kepada undang-undang empat, 'tape' tidak boleh dipakai jika ianya bertujuan untuk menutup barang kemas.

Berdasarkan kepada persoalan di atas, wujud beberapa interpretasi yang berbeza yang menuntut supaya penggunaannya diseragamkan.

Seorang Ketua Jurulatih pernah mempersoalkan betapa isu ini telah ditangani secara tidak konsisten; ada pengadil membenarkan pemakaiannya dan ada juga yang melarang.

Bagi yang membenarkan penggunaannya, di antara alasan yang diberikan ialah:
- Undang-Undang hanya melarang jika tape berkenaan digunakan untuk menutup barang kemas
- Tidak bahaya kepada si pemakai dan juga pemain lain
- Sebagai perbandingan, cermin mata yang telah dicipta khas untuk ahli sukan turut dibenarkan, inikan pula 'tape' nipis berkenaan;

Manakala versi yang melarang penggunaannya berpendapat, bahawa:
- Tape berkenaan tetap bahaya (contoh, jika ianya terbuka dan boleh ditarik oleh pihak lawan)
- Tape hanya boleh dibenarkan jika mengalami kecederaan dan perlu dibaluti dengan tape berkenaan(jika suka-suka pakai, tidak boleh)
- Semua alat yang tiada mengena dengan perkembangan atau faedah kepada seseorang pemain, tidak dibenarkan sama sekali

MEMANDANGKAN ADANYA PENGADIL YANG AGAK KELIRU DENGAN ISU INI DAN SUPAYA KEPUTUSAN YANG AKAN DIBUAT ITU KONSISTEN, MAKA ADALAH DIRASAKAN BAHAWA, SUATU KETETAPAN PERLULAH DIBUAT SAMA ADA PENGGUNAAN 'TAPE' SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN ITU DIBENARKAN ATAU PUN SEBALIKNYA.

Anonymous said...

Sama seperti barangan kemas, tape tidak dibenarkan. Alasan untuk menutup barangan kemas, tali dan mengesat peluh adalah alasan yang tidak munasabah dan logik. Tetapi alasan atas kecedaraan ringan yang dialami oleh pemain di lengan yang perlu dibalutkan untuk mengemaskan dan mengelakkan kecedaraan teruk boleh diterima kalau disahkan oleh doktor atau fisio pasukan. Sebelum permainan di mulakan, maka wajarlah untuk semua pengadil dan penolong pengadil mengingatkan jurulatih dan pengurus pasukan bahwa tape tidak dibenarkan kecuali untuk alasan yang telah di sebutkan. Kalau ada alasan selain dari yang berkenaan, maka pihak pengadil harus melaporkan insiden tersebut kepada pihak penganjur atau badan bolasepak induk.

Anonymous said...

sudah tukar kan... cuba tgk blog referee selangor tu