Wednesday, December 26, 2007

Renggit Menarik Perhatian Umum.....


Argghh... sambil menghirup nescafe o suam, terkejut melihat paparan 'satu tujuan, satu matlamat' dalam ruangan sukan Buletin TV3 malam ini..

Kejadian Pengadil melepaskan 2 das tembakan, mengejutkan semua mata individu yang terlibat dengan bolasepak yang sering tertidur. Jika tidak masakan TV3 memaparkannya dalam segmen 'satu tujuan, satu matlamat'....

Persoalannya, kenapa baru sekarang?... Kenapa setelah 2 das tembakan dilepaskan, baru semua orang mahu memukul canang.... Kenapa tampil individu-individu yang selama ini memandang sinis soal keselamatan Pengadil, sebaliknya apabila ditemuramah ibarat kita menyaksikan slot Samarinda....

Apakah 2 das tembakan itu tanda amaran... atau 2 das tembakan itu tanda, hati didalam yang sudah tidak boleh lagi dikawal...

Isu keselamatan Pengadil, bukan isu baru... Sekiranya isu keselamatan pengadil ini diibaratkan sebagai anak gadis, maka sudah pasti anak gadis ini sudah beranak pinak atau mungkin sudah bercucu...

Lantas 2 das tembakan, bukan ibarat tembakan amaran, tetapi ianya boleh disifatkan sebagai tembakan jeritan naluri dalaman seorang insan bergelar Pengadil.

Bukan menyokong, namun saya beranggapan, mujur individu itu seorang anggota Polis, dan mempunyai senjata yang mampu digunakan untuk mempertahankan diri atau sekurang-kurangnya membuatkan orang gerun kepada kita.... Bayangkan kiranya, beliau hanya insan biasa, yang tak punya 'black belt' atau apa saja... sudah pasti, akan ada insan yang menangisi permergian beliau menemui illahi...

Memang, sebagai penjawat Awam dan anggota keselamatan, beliau bersalah kerana melepaskan tembakan... tetapi bersalah kah beliau kiranya tembakan itu dilepaskan untuk mempertahankan diri beliau dari di kerja, di herdik, di caci, di tolak, di pukul oleh sekumpulan manusia yang 'dangkal dan bongak' tentang bolasepak? Jika beliau bersalah, bagaimana pula dengan mereka yang mengejar beliau, yang menolak beliau, yang menendang beliau, yang memukul beliau, dan yang..... yang ....... yang..........

Isu keselamatan Pengadil bukanlah isu yang boleh diperlekehkan... tetapi ini lah isu yang sering di ketepikan... Isu keselamatan Pengadil tidak penting... Kita bayar dia... jadi pandai pandai lah dia jaga diri... "antara kata kata yang sering diucapkan penganjur.... tapi bila berlaku kejadian seperti di Renggit, pandai pula tampil mempertahankan diri...

Tanyalah mana mana persatuan bolasepak dalam Malaysia..... apa yang mereka lakukan untuk soal keselamatan Pengadil Perlawanan dalam Liga tempatan mereka.... Jawapannya.... kita akan usulkan kepada Jawatankuasa Pertandingan... jawapan yang sama sejak 1974....

Itu baru isu keselamatan, belum lagi kita bangkitkan isu bilik persalinan, bayaran dan lain lain...

Prrrrriiiiiiiiiiiiiiiiittttttttttttttt.... ayuh.... bangkitkan hak kita sebagai PEGAWAI PERLAWANAN... atau kita tidak layak digelar PEGAWAI.......

1 comment:

Anonymous said...

sapa ref tu?