Wednesday, December 19, 2007

Antara Wang dan Harga diri.....

Oiiii Ref, buta ke?

Oiii Ref Bodoh ke?

Oiii Ref Kayu ke?

Oiii Ref makan rasuah ke?

Oiii Ref kena bayar ke kau ni?

Oiii Ref berapa banyak dia orang bayar kau?

Oiii Ref Mak kau tak ajar kau ke?...

Oiii Ref kau giler ke?

Oiii Ref, Oiii Ref, Oii Ref, Oii Ref, Oiii Ref

Apakah kita dibayar untuk semua yang di atas...... Kenapa setelah bersusah payah melalui getir dan pahit, menjalani latihan secara bersendirian, mengikuti segala kursus undang-undang yang disediakan, menjalani peperiksaan yang ditentukan, ini pengiktirafan yang kita terima.

Apakah profession ini tidak mulia, Apakah dengan berlari selama 90minit itu, kita di ibaratkan sebagai bin*&^%g yang boleh dihina dan dimaki sedemikian rupa...

Apakah kita wajar menerima semua itu........ Apakah kita harus menjadi lilin dengan membakar diri untuk memuaskan hati pihak lain...

Hinaan dan cacian kita terima, tapi tugasan kita teruskan, dengan alasan, ini amanah yang perlu diselesaikan...

Adakah ada insan yang dapat mengerti hati dan perasaan kita...........

Adakah kita mengejar wang ringgit seperti yang dikata?

Jawapan nya TIDAK.... kerana kita adalah BUKTI bahawa profession ini adalah mulia dari mereka yang berlari lari dan menyepak bola yang satu itu.......

Teruskan perjuangan rakan-rakan ku... Tingkat kan profession ini.........

No comments: