Wednesday, May 28, 2008

Percutian yang Seketika...


Salam buat semua,

Bertemu lagi diruang ini...

Lama rasanya tidak menulis... Blog ini pun dah semakin sepi..

Ternyata kesibukan tugas menghimpit jadual untuk melayari internet dan menyampaikan apa yang terbuku dan tersirat...

Alhamdulillah, kini masa untuk kita 'panglima hitam' bercuti dan berehat seketika... Walaupun tidak panjang, tetapi masa yang ada semasa liga bolasepak sedang bercuti ini harus kita manfaatkan dengan sebaik yang mungkin.......

Mungkin ini masa yang paling sesuai untuk 'membeli semula' masa yang tidak kita peruntukkan bersama keluarga, anak-anak dan insan tersayang...

Dikesempatan ini, gunakanlah cuti dan rehat ini sebaik mungkin... Ingat orang tersayang...

.... dan ingat juga latihan kita yang tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja...

Bagi rakan-rakan yang terpilih untuk Piala Malaysia, SUKMA 2008... SYABAS buat anda...

Teruskan perjuangan menaikkan martabat Pengadil MALAYSIA........

Priiiiiiittttttttttttt.....

Friday, April 4, 2008

Relevan ke UniLeague ? - dari kacamata Pengadil

arghhhhh... lama sungguh tak menulis dalam blog ini, rakan rakan mula tertanya, kemana hilangnya romeo...

Ternyata dugaan dan jalan yang ditempuhi terlalu berliku... kesibukkan tugas dan persiapan menghadapi ujian kecergasan tempoh hari meminta pengorbanan agar beberapa aktiviti lain dikorbankan. Dalam masa yang sama, komputer peribadi menghadapi masalah, dan perlu dibaiki.. Mujurlah segalanya dapat diatasi walaupun dalam jalan yang berliku...

Bila nak mula menulis, terfikir, apakah tajuk yang sesuai untuk membuat "the comeback"... lantas tajuk Relevan ke Unileague ? dari kacamata pengadil ini dipilih untuk dikongsi bersama dan membuka minda kita dalam arus pembangunan moden.

Peluang untuk menjadi Pegawai Perlawanan pada hujung minggu yang lalu bukanlah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Namun orang selalu berkata, ada kebaikkan disebalik keburukkan... lantas langkah diteruskan untuk memikul tanggungjawab yang diberi.. UPSI vs UM... bagi saya satu dari perlawanan biasa yang pernah dikendalikan... Namun sebenarnya ALLAH SWT maha berkuasa... Perlawanan ini menuntut kesabaran jiwa dan persiapan mental yang cukup tinggi dalam mengendali mereka yang dilabelkan sebagai individu bijak pandai tapi rupanya tahap kebodohan mereka berada diperingkat 'kebodohan terlampau'... Perlawanan ini sebenarnya membuka minda saya, seterusnya merenung kembali akan nasib agama, bangsa dan negara saya jika 22 pemain di atas padang, 10 pengganti dan puluhan penyokong kedua-dua pasukan di pilih untuk menjadi pewaris bangsa satu hari nanti..

Pada dasarnya, tiada apa yang istimewanya tentang perlawanan ini.. seperti biasa, di ibukota, hujan rahmat mula membasahi bumi apabila matahari mula condong ke barat... tanpa diduga, keadaan padang yang licin, membuka ruang untuk saya menonton aksi-aksi biadap dari 'jaguh-jaguh kampung ini mempamerkan aksi luar biasa mereka... tidak cukup dengan itu, percakapan dan jeritan yang keluar dari mulut mereka cukup memanaskan telinga dan hampir-hampir sahaja tangan digengam dan dihayun kemuka.. Tapi inilah kelebihan kita, biar bagaimana pun dicerca, dihina, dikeji, dimaki dan apa sahaja, kita tetap dengan tugasan kita. Sukatan pelajaran ini lah yang tidak di ajar kepada mereka dan yang meletakkan taraf kita jauh lebih tinggi dari mereka.....

Perlawanan berterusan, aksi ganas terus dipamerkan, tiupan wisel penamat dibunyikan, 2 kad merah dilayangkan, 4 kad kuning ditunjukkan, tuan rumah tewas didalam gelanggang, penonton fanatik berlari meluru masuk ke padang, pertempuran berlaku tanpa dapat dikawal, baru lah pengawal keselamatan yang jaga pondok keselamatan buka jaket buka langkah silat sumbang, akhirnya semua terkawal, tapi penonton tetap tak mahu pulang, selagi pasukan pelawat tak berambus dari padang.......

Seorang pemain lalu disisi saya lalu berkata, 'biasa lah ref, bolasepak'................

aduhhhhhhhhhh.... rasa pedih dihati saya mendengar kata begitu dari seorang graduan... Sama ada sedar atau tidak, ini lah dipertontonkan kepada saya, puluhan graduan menghina gelaran sendiri kerana tidak mampu mengawal diri... Mereka lupa, mereka bakal pemimpin negara, dan lebih penting mungkin pihak UPSI lupa, merekalah yang akan mendidik anak-anak saya apabila mereka tamat pengajian nanti...

Persoalannya, kalau beginilah sikap mereka... apakah mereka mampu menjadi pendidik untuk anak-anak bangsa? Apakah terjamin masa depan anak saya kiranya individu inilah yang diberi kepercayaan untuk mendidik anak saya....

Inikah tahap pendidik kita... Inikah tahap kewarasan pendidik kita.... Mungkin komen saya agar berat kepada UPSI... tapi harus diingat, rakan-rakan saya dikalangan pengadil ramai juga yang bergelar pendidik.... tapi mereka memilih preofession sebagai pengadil, satu profession yang menjatikan diri... tapi bagaimana dengan pemain-pemain ini.........

Tidakkah pemain UM terlupa.... mereka memakai jersey keramat UM antara universiti terbaik di Malaysia dan pernah dilabel antara 50 yang terbaik di dunia...... Apakah ini rupa graduan Universiti MALAYA, satu nama yang masih kekal pada hari ini selepas 50tahun kemerdekaan.....

Sedarlah wahai adik-adik ku... perjalanan mu makin jauh.... dunia global terlalu luas untuk diterokai.... segulung ijazah tidak menjanjikan apa-apa, tetapi jati diri dalam hidup adalah rahsia segala-galanya...

Relevan kah Uni-league? satu impian yang baik untuk mengeratkan silaraturahim sesama pelajar, tetapi dijadikan medan untuk menunjukkan kejaguhan pencak silat yang terlalu sumbang?...

Relevan kah Uni-league? kalau inilah platform untuk menunjukkan graduan lupa rukun negara yang Ke5 Kesopanan & Kesusilaan............. Jika graduan yang merupakan individu bijak yang terpilih lupa.............. apa akan jadi pada agama, bangsa dan negara kita...

Kalau begini lah caranya... Jawapan saya...

Uni-league tidak relevan dan memalukan........

Bukan untuk berbangga tetapi sebagai seorang bekas pelajar Warwick University, United Kingdom, bekas pelajar Institut Teknologi Mara (ITM) dan pemegang 1 master, 1 degree dan 3 diploma di dalam genggaman, saya berasa adil untuk membuat komen ini......

Saya tahu rakan dari MMU atau UNITAR akan menganggap saya terlalu beremosi...

tapi ingat....

Jika anda lihat ada kerosakan...
ubahlah dengan percakapan........
jika tidak mampu.....
ubahlah dengan fikiran.....
jika tidak mampu.......
ubahlah dengan perbuatan.........
jika tidak mampu
ubahlah dengan penulisan.....(alhadi alkasah)

maka saya mengambil pilihan untuk mengubah kerosakan ini dengan penulisan.............

Salam buat semua.........

Pritttttttttttttttt..................

Tuesday, January 15, 2008

Dalam Harian Metro Hari ini - apa komen anda ?

Kurang pengalaman

Oleh Alias Abd Rani

KETIADAAN pengalaman luas mengenai bola sepak di kalangan pengadil tempatan menjadi punca insiden kurang menyenangkan dalam beberapa perlawanan Liga Malaysia.

Sumber terdekat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberitahu, majoriti pengadil yang dilantik, terutamanya mengendalikan perlawanan Liga Super tidak memenuhi spesifikasi sebenar sehingga menimbulkan perkara kurang menyenangkan di kalangan pasukan bertanding.

“Banyak pengadil dilantik tidak cukup berpengalaman mengenai Liga Super. Saya tidak tahu macam mana mereka boleh dilantik mengendalikan perlawanan.

“Kalau kita menyaksikan beberapa perlawanan lalu, ia jelas menimbulkan persoalan sejauh mana kemampuan seseorang pengadil mengenakan hukuman setimpal terhadap pemain.

“Dia (pengadil) hanya tahu menghukum pemain walaupun pada penglihatan umum kesalahan itu tidak serius atau tidak sepatutnya dilayangkan kad,” kata sumber itu.

Tidak sampai seminggu, dua insiden membabitkan ketidakpuasan terhadap mutu pengadilan mengisi ruang saingan Liga Super, baru-baru ini.

Bermula dengan perlawanan Polis menentang Terengganu dan diikuti dengan Selangor bertemu Polis - dua insiden itu sudah cukup membuktikan wujudnya kelemahan dalam mutu pengadilan di negara ini.

Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Che Mat Jusoh (gambar) ketika diminta mengulas perkara itu berkata, saingan Liga M musim ini sepatutnya menyajikan perlawanan menyeronokkan dan bukannya menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan berkata, FAM mewujudkan perlawanan itu bertujuan menghiburkan semua pasukan bertanding.

“Saya tidak boleh mengatakan pengadil itu bagus atau tidak tapi sebagai pihak bertanggungjawab mengendalikan perlawanan, perlulah menyempurnakan tugas dengan betul.

“Memang saya menerima banyak aduan daripada pihak terbabit mengenai perkara ini dan saya tahu mereka melakukannya bukan kerana kekalahan. Semua pihak ada tujuan baik kerana mereka mahukan keseronokan dalam setiap perlawanan,” katannya

Posted : Harian Metor 15 Jan 2008 muka surat 37

Saturday, January 12, 2008

Adidas Referee's Shirt EURO 2008



Arghhhhh.... imagine if FAS Referee wear this jersey this year...

Absolutely fantastic guys...

Can someone please suggest to referee board..

Or you should wait for your turn to appear in EURO then only you can wear this kind of jersey....

Anyone know where can we get it????
- guess that my friend from Bersilam Enterprise (a former anak emas) know it.......



Prrrrrrrrrrrrrrrriiiiiiiiiiiiiiitttttttttt lets do it......

(picture courtesy of www.refereeworld.com)

Thursday, January 10, 2008

Salam 1429Hijrah



Salam Tahun Baru Hijrah 1429, buat semua rakan-rakan,
Semoga Tahun Baru ini, membawa azam yang lebih bermakna buat diri kita, dan merubah diri kita dari prespektif biasa...

- dari Pengadil kelas 3, kepada Pengadil Kebangsaan

- dari Pengadil kebangsaan, kepada Pengadil FIFA


- dari Pegawai Perlawanan, kepada Tuan Pegawai Perlawanan


- dari menjadi Pengadil biasa kepada Pengadil Luar Biasa,


ayuh, sama-sama kita jadikan................ priiiiiiiiiiiiiiiitttttttttt...

Wednesday, January 9, 2008

Istimewanya Pengadil....


Sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar harian KOSMO...

Untuk dijadikan renungan dan kenangan........

Priiiiiiiiiiitttttttttttttt.............. kad merah buat anda...

Monday, January 7, 2008

Perlu komen anda - posted by Ref Hensem

Seorang pengadil baru mengajukan persoalan sama ada, seseorang pemain itu boleh dibenarkan untuk sengaja memakai 'tape' di lengan (hanya untuk style - bukan untuk menutup barang kemas).

Berdasarkan kepada undang-undang empat, 'tape' tidak boleh dipakai jika ianya bertujuan untuk menutup barang kemas.

Berdasarkan kepada persoalan di atas, wujud beberapa interpretasi yang berbeza yang menuntut supaya penggunaannya diseragamkan.

Seorang Ketua Jurulatih pernah mempersoalkan betapa isu ini telah ditangani secara tidak konsisten; ada pengadil membenarkan pemakaiannya dan ada juga yang melarang.

Bagi yang membenarkan penggunaannya, di antara alasan yang diberikan ialah:
- Undang-Undang hanya melarang jika tape berkenaan digunakan untuk menutup barang kemas
- Tidak bahaya kepada si pemakai dan juga pemain lain
- Sebagai perbandingan, cermin mata yang telah dicipta khas untuk ahli sukan turut dibenarkan, inikan pula 'tape' nipis berkenaan;

Manakala versi yang melarang penggunaannya berpendapat, bahawa:
- Tape berkenaan tetap bahaya (contoh, jika ianya terbuka dan boleh ditarik oleh pihak lawan)
- Tape hanya boleh dibenarkan jika mengalami kecederaan dan perlu dibaluti dengan tape berkenaan(jika suka-suka pakai, tidak boleh)
- Semua alat yang tiada mengena dengan perkembangan atau faedah kepada seseorang pemain, tidak dibenarkan sama sekali

MEMANDANGKAN ADANYA PENGADIL YANG AGAK KELIRU DENGAN ISU INI DAN SUPAYA KEPUTUSAN YANG AKAN DIBUAT ITU KONSISTEN, MAKA ADALAH DIRASAKAN BAHAWA, SUATU KETETAPAN PERLULAH DIBUAT SAMA ADA PENGGUNAAN 'TAPE' SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN ITU DIBENARKAN ATAU PUN SEBALIKNYA.


Posted by Ref. Hensem - January 7, 2008 4:20 PM